Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 24 Julai 2010

"Maaf untuk apa, Paspa? Inikah balasan cintaku?"

Aku memandang hadiah yang diberi oleh Paspa tempoh hari dengan hati yang sayu. Hanya diari pemberian Paspa itu, menjadi tempat untukku meluahkan rasa sendu di hati. Keesokkan harinya....................................................................


Paspa, just for you......," kataku sambil menghulurkan hadiah yang dalamnya terkandung isi hatiku.


"Terima kasih, Piz."


Kami bersalaman. Kemudian dia berlalu pergi sambilmelambai ke arahku. Hari-hari berlalu pergi...... Sudah berpuluh-puluh surat yang ku kirimkan sebagai pengganti diri kepada Paspa....tetapi hampa. Paspa langsung tidak membalasnya. Mungkin dia sibuk dengan kuliah agaknya. Kataku memujuk kata hati. Bagaimana agaknya penerimaan dia denganku? Yang pastinya, sudah hilang rasa beban yang terpikul, kerana segala kasihku yang terpendam telah ku curahkan padanya. Kini terpulang kapada Paspa sama ada menerima atau menolak cintaku.

Aku menaruh harapan yang menggunung tinggi. Ku kira Paspa menghargai kasihku. Rupa-rupanya aku tersilap tafsir akan perasaannya padaku selama ini. Paspa bukan lagi Paspaku. Mengapa kau lukakan hati yang mengharap ini, dan aku pula menagih cinta daripadanya?


"Maafkan, Paspa......," katanya sambil menitis air mata kesalnya di hadapanku.


Di pandang pendengaranku kini, perkataan "maaf" itu sudah tiada maknanya lagi. Jika benar Paspa sayangkan aku, maka mengapa perlu berkata maaf?
Ahh.... Perempuan memang suka mempermainkan perasaanku. Dan aku pula telah dipermainkan. Adilkah begitu?!


"Maaf untuk apa, Paspa? Inikah balasan cintaku?"aku memberanikan untuk bersuara.

"Memberi tak semestinya menerima, Piz! Paspa akan menjadi milik orang.........."


Bagai hendak luruh jantungku. Hampir menitis air mata ini. Tetapi keegoanku sebagai lelaki menghalang air mata ini daripada terus mengalir. Mana mungkin aku menunjukkan kelemahanku di depannya. Ya Allah... Hati tabahlah! Aku cuba mengembalikan kekuatan diri walaupun terasa lemah kaki ku untuk berdiri.


"Ambillah! Paspa tidak boleh menyimpannya. Paspa akan berkahwin dengan bakal suami Paspa dan Paspa harap Apiz faham. Pemberian ini hanya akan mengingatkan Paspa pada Apiz."



Akhirnya hadiah itu ku ambil jua. Kalau hendak diikutkan hati pedihku ini, ingin saja akumencampakkan hadiah itu ke dalam tong sampah. Tetapi aku tak berdaya. Kata-kata Paspa sebentar tadi membuatkan aku menjadi tidak bermaya. Apa dayaku untuk menolak kehendak takdir. Sudah ditakdirkan Paspa bukan jodohku......tetapi, hanya satu saja permintaan Paspa yang tidak dapatku tunaikan. Mampukah aku melupakannya dalam tempoh sesingkat ini? Aku tertundus memandang hamparan rumput yang menghijau. Pemergian Paspa benar-benar meninggalkan parut yang amat mendalam pada cinta pertamaku. Aku memandang sayu pada hadiah yang ku berikan dahulu. Perlahan-lahan aku membuka kotak itu semula. Isinya tidak terusik biarpun sedikit dan terdapat sepucuk surat di dalamnya. Aku membuka lipatan surat itu.....................................



Sesungguhnya aku tidak menduga....
Bahawa diriku yang kau cintai.
Usahlah hanya memendam rasa....
Gerak gerimu sudah cukup menzahirkan cinta.

Kini aku sudah dapat meneka.........
Sayangnya..... Aku telah berpunya,
Hati ini telah ku serahkan padanya.

Hafiz....
Maafkan aku,
Mustahil untuk kita bersatu.
Doakanlah kebahagiaan ku dengannya,
Dan ku pohon kemaafan sekali lagi....
Kerana menghancurkan harapanmu.

Namun, percayalah......
Di sisi ini....kau tetap.... Teman Bicara.



Teman bicaramu;
Hajah Paspa


Surat ku lipat kembali. Menitis air mataku. Kini musnahlah mahligai cinta yang telah ku bina dengan keteguhan rindu, dan bertunggakkan kesetiaan. Kini yang tinggal hanya serpihan hatiku dengan bersemadinya kenanganku bersama Paspa. Aku hanya mendoakan kebahagiaannya. Moga sinar bahagia itu akan terus menyinari hidupnya.

* tamat *

Selasa, 20 Julai 2010

" I'll be miss you.....," jawabku ringkas.

"Ehh...takkan berbual kat luar saja, Piz! Jemputlah masuk ke rumah. Kuih raya ada, biskut raya pun ada....hehehe...,"kata Paspa bersahaja.


Sekali lagi aku ingin tergelak. Paspa memang 'terror' buat lawak sarkis. Hiasan dalam rumah Paspa masih tidak berubah. Kad-kad raya digantung penambah seri. Susun letak perabotnya tetap di tempat yang sama. Cuma kain langsirnya saja yang bertukar warna. Kemudiannya, mataku tertumpu pada Paspa yang sibuk menyediakan minuman untukku. Begitulah keadaannya apabila sudah biasa berjauhan dengan keluarga, menjadikannya lebih berdikari dan matang untuk mengatasi masalah sedangkan tuan punya badan tidak tahu bahawa timbunan kasih yang tak terpikul ini adalah untuknya. Layanannya tetap seperti dulu....tidak kaku sepertiku.


"Piz,......jemputlah makan......"


Aku tersenyum sambil meneguk segelas minuman yang dihidangkan oleh Paspa. Ku alihkan pandangan ke muka meja. Penuh satu meja itu dengan bekas-bekas kaca yang berisikan kuih dan biskut raya yang beraneka jenis.


"Apiz...... Apiz tunggu sini sekejap ya."


Aku hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, Paspa keluar membawa kotak yang telah berbungkus cantik.


"Nah...... Ini untuk Apiz,"dia menghulurkan hadiah itu kepadaku.

Hari lahir aku ke hari ini? Ehh....hari jadi aku lama lagi! Hari ini hari raya. Takkan raya pun nak bagi hadiah kot. Habis, hadiah apa ni? Aku bermonolog sendiri.


"Ambillah! Ini saja yang mampu Paspa beli dari sana,"katanya merendah diri.

"Terima kasih. Buat susah-susah je."

"Tak adalah! Paspa ikhlas ni."


Aku menghargai pemberian Paspa. Terharu pula rasanya apabila mendapat hadiah secara tiba-tiba. Kepulangan Paspa kali ini ku rasakan amat bermakna bagiku. Tanpa dia di sisi saban malam sepi ku di isi. Petang itu menyaksikan pertemuanku dengan Paspa.


"Piz......esok Paspa dah nak balik. Mungkin, ini adalah pertemuan yang terakhir."


Wajahku bertukar muram. Apakah maksud disebalik perkataan 'terakhir' itu? Aku jadi tak menentu.


"Ala...... Paspa takkan lupakan Apiz! Paspa sayang sangat kat Apiz."


Aku agak terkedu mendengar perkataan "Sayang" itu. Seolah-olah Paspa sudah dapat menangkap maksud hatiku. Wajah Paspa ku tenung tajam. Aku mengambil kesempatan itu untuk menatap wajahnya sepuas-puas hatiku. Namun, dia masih juga tersenyum......menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibir lelaki pendiam sepertiku.


"I'll be miss you......,"jawabku ringkas.


Cukuplah tiga perkataan itu menzahirkan perasaan aku kepadanya. Selebihnya akan ku luahkan kemudian. Tangannya dan tanganku bertaut seperti bertautnya senja dengan malam pada ketika itu....sukar untukku lepaskan dari genggaman. Tetapi....Paspa....semakin aku kejar cintanya, semakin jauh ia berlalu pergi. Persoalannya mengapa? Mengapa cinta yang baru berputik ini dibiarkan terlerai layu sendiri?

Ahad, 18 Julai 2010

" Ohh....shy-shy cat la ni ya!"

Terasa gegaran di bahuku...perlahan-lahan aku membuka mata...jelas di depan mataku bukannya Paspa tetapi bapa! Ahh... Ayah! Apahal agaknya yang dia nak pagi-pagi buta ni...?


"Oii......bangun-bangun! Orang lain dah bersiap nak beraya kau masih sempat bermimpi......!"


Kemudian ayah berlalu pergi, meninggalkan aku termangu seorang diri. Teringin rasanya aku menyambung semula mimpi indah sebentar tadi. Beraya? Raya apa? Alamak! Memana aku boleh lupa ni! Hari ini 1 Syawal lah! Dengan sepantas kilat aku menyambar tuala yang tersidai dan terus masuk ke perut bilik air. Pagi itu setelah selesai bersembahyang raya, belum sempat aku masuk ke dalam rumah, tiba-tiba................


"Apiz....Apiz!"


Panggil suatu suara yang pernah ku kenali suatu ketika dulu..... Suara yang ku rindu. Dengan pantas aku menoleh, Paspa.....dia berdiri tegak di hadapanku....dan aku terpaku di situ....lidahku serta merta menjadi kelu.


"Apa khabar, Piz?"


Aku masih terdiam, mataku dan matanya bertemu. Lama, terkial-kial aku menyusun kata akhirnya aku berjaya.


"Baik....," ringkas saja jawapanku.

"Baik aje? Tak rindu ke?"

Paspa seakan-akan menduga....inikah realitinya. Dan sejak bila Paspa jadi kura-kura dalam perahu? Jawapanku mestilah rindu!


"Rindu serindu-rindunya," jawabku ikhlas. Cuma aku sahaja yang ragu-ragu, apakah Paspa bertanya itu ikhlas?

"Emm...Paspa pun macam tu jugak."


Sekurang-kurangnya lega hatiku bila mendengar Paspa berkata begitu. Tetapi adakah rindunya sama seperti rinduku padanya? atau rindu setelah sekian lama tidak berjumpa?


"Paspa....."

"iye....apa dia?"

"Err...tak ada apa-apa."

Emmm.... Apiz ni tak berubah-ubah. Masih macam dulu jugak. Bila Paspa tanya selalu jawab 'tak ada'. Habis....apa yang "ada" sebenarnya ni?" dia tersenyum manja.

Kini giliran aku pula tersenyum mendengar sindirannya yang tajam.

"Malu nak cakap la," jawabku selamba. Alangkah bagus jika Paspa tahu cintaku di sebalik perasaan malu ini.


"Ohh... shy-shy cat la ni ya!"


Aku tertunduk malu, tak ubah seperti anak dara yang malu apabila di usik oleh siulan lelaki-lelaki nakal....tetapi aku tetap maintain......seboleh-bolehnya aku akan control macho depan Paspa. Biar dia jatuh hati dengan aku. Ini tidak, asyik aku aje yang '"Jatuh" cintanya' tidak......dan itulah yang selalu membuatkan aku frust. Tetapi kali ini, aku dapat rasakan peluangku masih ada untuk mendampingi Paspa. Tambahan pula, mimpi semalam telah memberi semangat baru padaku.