Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 20 Julai 2010

" I'll be miss you.....," jawabku ringkas.

"Ehh...takkan berbual kat luar saja, Piz! Jemputlah masuk ke rumah. Kuih raya ada, biskut raya pun ada....hehehe...,"kata Paspa bersahaja.


Sekali lagi aku ingin tergelak. Paspa memang 'terror' buat lawak sarkis. Hiasan dalam rumah Paspa masih tidak berubah. Kad-kad raya digantung penambah seri. Susun letak perabotnya tetap di tempat yang sama. Cuma kain langsirnya saja yang bertukar warna. Kemudiannya, mataku tertumpu pada Paspa yang sibuk menyediakan minuman untukku. Begitulah keadaannya apabila sudah biasa berjauhan dengan keluarga, menjadikannya lebih berdikari dan matang untuk mengatasi masalah sedangkan tuan punya badan tidak tahu bahawa timbunan kasih yang tak terpikul ini adalah untuknya. Layanannya tetap seperti dulu....tidak kaku sepertiku.


"Piz,......jemputlah makan......"


Aku tersenyum sambil meneguk segelas minuman yang dihidangkan oleh Paspa. Ku alihkan pandangan ke muka meja. Penuh satu meja itu dengan bekas-bekas kaca yang berisikan kuih dan biskut raya yang beraneka jenis.


"Apiz...... Apiz tunggu sini sekejap ya."


Aku hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, Paspa keluar membawa kotak yang telah berbungkus cantik.


"Nah...... Ini untuk Apiz,"dia menghulurkan hadiah itu kepadaku.

Hari lahir aku ke hari ini? Ehh....hari jadi aku lama lagi! Hari ini hari raya. Takkan raya pun nak bagi hadiah kot. Habis, hadiah apa ni? Aku bermonolog sendiri.


"Ambillah! Ini saja yang mampu Paspa beli dari sana,"katanya merendah diri.

"Terima kasih. Buat susah-susah je."

"Tak adalah! Paspa ikhlas ni."


Aku menghargai pemberian Paspa. Terharu pula rasanya apabila mendapat hadiah secara tiba-tiba. Kepulangan Paspa kali ini ku rasakan amat bermakna bagiku. Tanpa dia di sisi saban malam sepi ku di isi. Petang itu menyaksikan pertemuanku dengan Paspa.


"Piz......esok Paspa dah nak balik. Mungkin, ini adalah pertemuan yang terakhir."


Wajahku bertukar muram. Apakah maksud disebalik perkataan 'terakhir' itu? Aku jadi tak menentu.


"Ala...... Paspa takkan lupakan Apiz! Paspa sayang sangat kat Apiz."


Aku agak terkedu mendengar perkataan "Sayang" itu. Seolah-olah Paspa sudah dapat menangkap maksud hatiku. Wajah Paspa ku tenung tajam. Aku mengambil kesempatan itu untuk menatap wajahnya sepuas-puas hatiku. Namun, dia masih juga tersenyum......menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibir lelaki pendiam sepertiku.


"I'll be miss you......,"jawabku ringkas.


Cukuplah tiga perkataan itu menzahirkan perasaan aku kepadanya. Selebihnya akan ku luahkan kemudian. Tangannya dan tanganku bertaut seperti bertautnya senja dengan malam pada ketika itu....sukar untukku lepaskan dari genggaman. Tetapi....Paspa....semakin aku kejar cintanya, semakin jauh ia berlalu pergi. Persoalannya mengapa? Mengapa cinta yang baru berputik ini dibiarkan terlerai layu sendiri?

0 ulasan:

Catat Ulasan