Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 18 Julai 2010

" Ohh....shy-shy cat la ni ya!"

Terasa gegaran di bahuku...perlahan-lahan aku membuka mata...jelas di depan mataku bukannya Paspa tetapi bapa! Ahh... Ayah! Apahal agaknya yang dia nak pagi-pagi buta ni...?


"Oii......bangun-bangun! Orang lain dah bersiap nak beraya kau masih sempat bermimpi......!"


Kemudian ayah berlalu pergi, meninggalkan aku termangu seorang diri. Teringin rasanya aku menyambung semula mimpi indah sebentar tadi. Beraya? Raya apa? Alamak! Memana aku boleh lupa ni! Hari ini 1 Syawal lah! Dengan sepantas kilat aku menyambar tuala yang tersidai dan terus masuk ke perut bilik air. Pagi itu setelah selesai bersembahyang raya, belum sempat aku masuk ke dalam rumah, tiba-tiba................


"Apiz....Apiz!"


Panggil suatu suara yang pernah ku kenali suatu ketika dulu..... Suara yang ku rindu. Dengan pantas aku menoleh, Paspa.....dia berdiri tegak di hadapanku....dan aku terpaku di situ....lidahku serta merta menjadi kelu.


"Apa khabar, Piz?"


Aku masih terdiam, mataku dan matanya bertemu. Lama, terkial-kial aku menyusun kata akhirnya aku berjaya.


"Baik....," ringkas saja jawapanku.

"Baik aje? Tak rindu ke?"

Paspa seakan-akan menduga....inikah realitinya. Dan sejak bila Paspa jadi kura-kura dalam perahu? Jawapanku mestilah rindu!


"Rindu serindu-rindunya," jawabku ikhlas. Cuma aku sahaja yang ragu-ragu, apakah Paspa bertanya itu ikhlas?

"Emm...Paspa pun macam tu jugak."


Sekurang-kurangnya lega hatiku bila mendengar Paspa berkata begitu. Tetapi adakah rindunya sama seperti rinduku padanya? atau rindu setelah sekian lama tidak berjumpa?


"Paspa....."

"iye....apa dia?"

"Err...tak ada apa-apa."

Emmm.... Apiz ni tak berubah-ubah. Masih macam dulu jugak. Bila Paspa tanya selalu jawab 'tak ada'. Habis....apa yang "ada" sebenarnya ni?" dia tersenyum manja.

Kini giliran aku pula tersenyum mendengar sindirannya yang tajam.

"Malu nak cakap la," jawabku selamba. Alangkah bagus jika Paspa tahu cintaku di sebalik perasaan malu ini.


"Ohh... shy-shy cat la ni ya!"


Aku tertunduk malu, tak ubah seperti anak dara yang malu apabila di usik oleh siulan lelaki-lelaki nakal....tetapi aku tetap maintain......seboleh-bolehnya aku akan control macho depan Paspa. Biar dia jatuh hati dengan aku. Ini tidak, asyik aku aje yang '"Jatuh" cintanya' tidak......dan itulah yang selalu membuatkan aku frust. Tetapi kali ini, aku dapat rasakan peluangku masih ada untuk mendampingi Paspa. Tambahan pula, mimpi semalam telah memberi semangat baru padaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan